Kuala Lumpur: Sebuah agensi pengurusan haji
dan umrah bukan saja gagal membawa kira-kira 2,000 pelanggannya
menunaikan umrah, malah didakwa turut gagal memulangkan semula wang
bakal jemaah terbabit yang berjumlah hampir RM8 juta.
Mustapha Abdullah, 64, berkata agensi berkenaan sepatutnya menguruskan 2,000 bakal jemaah terbabit menunaikan umrah pada Mei, Jun dan Julai lalu, namun gagal berbuat demikian sehingga kini.
“Agensi itu memberi alasan berdepan masalah untuk mendapatkan visa. Persoalannya, mengapa sehingga kini mereka tidak memulangkan semula wang yang setiap orang sudah membuat bayaran RM4,190 pada Mei lalu.
“Disebabkan kegagalan agensi itu, saya yang menjadi mangsa. Saya dituduh menipu kerana sebelum ini saya yang mencari bakal jemaah dan mengutip bayaran daripada mereka,” katanya ketika menemui Harian Metro, di sini, semalam.
sumber: harian metro

No comments:
Post a Comment